Tiada kompromi, MoT utamakan keselamatan rakyat berbanding kos industri

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan tunduk terhadap tekanan mana-mana pihak industri yang membantah keputusan meminda undang-undang pengangkutan jalan raya bagi membolehkan pemilik barangan turut dikenakan hukuman jika kenderaan berat mereka membawa muatan berlebihan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan itu dibuat demi keselamatan rakyat dan integriti sistem pengangkutan negara walaupun menyedari keputusan berkenaan menerima pelbagai bantahan dan amaran daripada pihak berkepentingan

“Masalahnya, mereka sudah terlalu lama mengambil kesempatan daripada kelemahan penguatkuasaan dan bertahun-tahun membiarkan lori membawa muatan berlebihan. Sekarang bila kita kuatkuasakan undang-undang, mereka bantah pula.

“Apa pilihan kita ada? Jika tunduk, lebih baik kita tutup mata saja dan biar keadaan terus membahayakan nyawa pengguna jalan raya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Bangi, Syahredzan Johan bahawa beliau terbaca kenyataan daripada persatuan-persatuan pembinaan termasuk Master Builder Associations Malaysia yang mendakwa tindakan tegas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap kesalahan lebih muatan menyebabkan peningkatan kos operasi kerana perlu menambah jumlah perjalanan.

Mengulas lanjut, Anthony menegaskan, beliau mengambil pendirian untuk mementingkan keselamatan rakyat dan pengguna jalan raya bukannya keuntungan pihak industri walaupun mungkin terpaksa berdepan kenaikan kos operasi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban memaklumkan, kerajaan memahami kebimbangan industri tetapi tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan jalan raya susulan nyawa manusia lebih penting berbanding kenaikan kos ditanggung syarikat.

“Saya agak terkilan dengan tindakan sebahagian pemain industri ini, mereka tahu selama ini (melakukan kesalahan) tetapi mereka hendak kita berunding. Ini bagi saya sesuatu yang mencabar kuasa kerajaan.

“Mereka sudah buat salah kemudian minta saya berunding dengan dia. Jadi saya cakap ‘just forget about it (lupakan saja) tak ada runding-runding, penguatkuasaan undang-undang tetap berjalan,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak berkaitan kenderaan berat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang supaya tidak membenarkan muatan berlebihan di atas jalan raya kerana ia membahaya nyawa pengguna dan merosakkan struktur jalan.

Terdahulu, Anthony dalam satu sidang media memaklumkan bahawa kerajaan akan meminda undang-undang pengangkutan jalan raya bagi membolehkan pemilik barangan juga dihukum untuk membendung kesalahan membawa muatan berlebihan.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan