Malaysia-Korea Selatan perkukuh kerjasama strategik sempena ulang tahun diplomatik ke-65

MALAYSIA dan Korea Selatan menegaskan hasrat untuk memperluas dan memperkukuh kerjasama strategik dua hala ketika menyambut ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara, berlandaskan perkongsian strategik yang dimeterai pada 2024.

Komitmen itu dizahirkan dalam pertemuan dua hala selama 15 minit antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan di sini, hari ini.

Kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh dan memperluas kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, pertahanan, infrastruktur serta pembangunan bandar pintar.

Mereka turut meneroka peluang dalam sektor baharu seperti teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Jae Myung atas penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 yang akan bermula 31 Oktober ini.

Beliau juga merakamkan penghargaan terhadap sokongan berterusan Korea Selatan dalam memacu pertumbuhan mampan demi manfaat bersama kedua-dua negara.

“Malaysia menghargai sokongan berterusan Republik Korea dalam memacu pertumbuhan mampan demi manfaat bersama kedua-dua negara.

“Saya turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Lee dalam menerajui penganjuran APEC 2025 yang bakal memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan kerjasama global,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, Anwar dan Jae Myung mempengerusikan secara bersama Sidang Kemuncak ASEAN-Korea ke-26, yang turut dihadiri pemimpin negara anggota ASEAN.

Seterusnya, Jae Myung menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (+3) ke-28 bersama Jepun dan China bagi memperkukuh kerjasama serantau yang lebih menyeluruh.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan, yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan, menghimpunkan lebih 3,000 delegasi serta pemimpin dari lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa bagi memperkukuh penglibatan dan kerjasama serantau.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati