MICKY van de Ven menjaringkan dua gol untuk membantu Tottenham Hotspur melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton 3-0, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah tuan rumah di stadium baharu mereka, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Thomas Frank itu mengekalkan prestasi cemerlang di tempat lawan hasil dua jaringan pertahanan Belanda itu pada babak pertama, sebelum tandukan lewat Pape Sarr mengesahkan kemenangan selesa.
Everton sebelum ini tidak pernah tewas dalam lima perlawanan bagi semua pertandingan di Stadium Hill Dickinson – gelanggang serba moden yang menggantikan Goodison Park – sejak awal musim ini.
Tottenham yang dibelenggu kecederaan memadamkan rekod bersih itu menerusi kemenangan kedua mereka dalam lima aksi terakhir liga.








