Borneo Safari tarik penyertaan 14 negara, China sertai buat kali pertama

KOTA KINABALU – Edisi ke-33 Borneo Safari, acara lasak ‘off-road’ paling ikonik di rantau ini, mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat penyertaan tertinggi melibatkan 640 kenderaan dan peserta dari 14 negara.

Penyertaan kali ini turut menyaksikan negara China menyertai buat kali pertama, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Sabah sebagai destinasi utama pelancongan pengembaraan di Asia.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, penyertaan meluas dari luar negara membuktikan keupayaan Sabah untuk menarik minat pencinta aktiviti lasak dan pengembaraan dari seluruh dunia.

“Pengalaman Sabah membuktikan bahawa pelancongan pengembaraan boleh menjadi pemangkin utama kepada aktiviti ekonomi luar bandar.

“Ini sekali gus memperkukuh identiti kita sebagai destinasi bagi pencinta alam semula jadi dan aktiviti luar,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Tambahnya, beliau berkata, perkongsian ilmu antara negeri juga boleh membantu membina industri pelancongan yang lebih kukuh dan pelbagai di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Joniston turut memuji Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin, serta jawatan kuasanya atas dedikasi dan profesionalisme mereka dalam menguruskan acara berprestij ini.

Mengulas lanjut berkenaan acara tersebut, Joniston berkata acara tersebut meletakkan Sabah sebagai peneraju dalam pelancongan pengembaraan, dengan negeri-negeri lain turut meneliti model kejayaan Sabah dalam aspek kolaborasi dan pelaksanaan.

Sebagai rekod, beliau melepaskan peserta Borneo Safari di perkarangan bangunan STB di Gaya Street menandakan permulaan ekspedisi selama lapan hari merentasi hutan pedalaman Sabah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI