Maxim perkenal ‘Kadar Wanita’ untuk pengguna di Pantai Timur

KUANTAN – Maxim E-hailing Malaysia memperkenalkan inisiatif khas dinamakan ‘Kadar Wanita’ bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penumpang wanita dengan kadar tambang ekonomi di tiga bandar utama Pantai Timur-Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan.

Melalui ciri baharu ini, penumpang boleh memilih untuk menempah pemandu wanita sahaja, khususnya bagi perjalanan waktu malam atau jarak jauh.

Tempahan di bawah kadar ini tidak akan dipaparkan kepada pemandu lelaki bagi menjamin privasi dan keselamatan pengguna wanita, termasuk pelajar, warga emas dan ibu bersama anak kecil.

Perjalanan pertama melalui inisiatif ini direkodkan pada 17 Oktober lalu, oleh pengguna dari Putra Square ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Penumpang itu – seorang ibu kepada dua anak – memuji langkah tersebut yang dianggap ‘prihatin dan selamat’ untuk wanita dan keluarga.

Menariknya, tiada caj tambahan dikenakan — kadar tambang ‘Kadar Wanita’ kekal mengikut kadar standard Maxim.

Ketua Maxim Kuala Terengganu, Ammar Amsyar berkata, inisiatif itu menunjukkan komitmen syarikat dalam menyediakan persekitaran perjalanan yang lebih selamat bagi wanita.

“Ciri ini bukan sekadar kadar baharu, tetapi sebahagian usaha berterusan Maxim untuk menyokong pilihan mobiliti yang lebih selamat dan meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan e-hailing,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff