Tiada undi pos untuk PRN17 Sabah

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan untuk membenarkan pengundi rakyat Sabah yang berada di luar negeri itu mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, rakyat Sabah di Semenanjung perlu balik jika mahu mengundi pada 29 November depan.

“Buat masa ini keputusan berhubung perkara itu belum lagi diputuskan oleh SPR, jadi pengundi rakyat Sabah yang berada bukan di Sabah kena balik ke sini untuk mengundi.

“Belum ada keputusan untuk PRN Sabah,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai permintaan agar rakyat Sabah yang berada di Semenanjung dibenarkan mengundi secara pos bagi memudahkan mereka mengundi tanpa perlu balik ke Sabah berikutan kos penerbangan yang tinggi.

PRN17 Sabah ditetapkan pada 29 November depan, manakala tarikh penamaan calon pada 15 November dan mengundi awal pada 25 November.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau menyokong seruan pelbagai pihak yang meminta SPR mempertimbangkan pelaksanaan undi pos bagi warga Sabah yang bekerja, belajar dan menetap di Semenanjung.

Related Posts

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

USAHA memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi. Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan