Rakyat terus disantuni dalam Belanjawan 2026 – Mohamad Duri

SARATOK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyifatkan bajet berjumlah RM470 bilion pada Belanjawan 2026 yang dibentang semalam merupakan peruntukan terbesar negara dalam menuju ke arah kemakmuran dan memantapkan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, pada belanjawan kali ini juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membentang dan menekankan pelbagai bantuan kewangan secara menyeluruh yang merangkumi semua lapisan masyarakat termasuklah penjawat awam, pekerja swasta, seterusnya turun kepada petani, nelayan, suri rumah, dan sebagainya.

“Rakyat terus disantuni dengan banyak dibantu melalui pemberian bantuan kewangan seperti SARA, STR untuk meringankan beban mereka termasuklah Sarawak,” katanya ketika dihubungi TMP.

“Saya melihat pembentangan Belanjawan 2026 ini turut menekankan bantuan kewangan secara menyeluruh yang merangkumi semua lapisan masyarakat bermula daripada penjawat awam, pekerja swasta, petani dan nelayan,” jelas beliau lagi.

Mohamad Duri menambah, yuran pengajian percuma kepada rakyat miskin atau pelajar yang kurang bernasib baik turut merupakan satu usaha yang sangat baik dan murni dalam menjamin keterangkuman pendidikan pelajar miskin untuk meneruskan pembelajaran.

“Penurunan hutang kepada sekitar RM77 bilion dan dijangka turun pada 2026 juga merupakan satu pencapaian baik buat negara,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu