Rakyat Sarawak sokong Belanjawan 2026, bukti Kerajaan MADANI dengar suara rakyat

OLEH: MOHAMAD FIKRI JAMAL, NANA MOHAMAD & HAFIQ HASSAN

KUCHING – Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat sambutan positif daripada rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkannya sebagai belanjawan berjiwa rakyat, berpaksikan kesejahteraan, pendidikan, dan kemajuan seimbang seluruh negara.

Bagi Nurul Atikah Brahim, 21, pelajar institusi pengajian tinggi, Belanjawan 2026 menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa.

“Sebagai mahasiswi, saya amat menghargai inisiatif seperti Ikhtiar Dapur MADANI yang membantu pelajar melalui bantuan makanan, serta MySiswa Job On Campus yang membuka peluang kerja sambilan di kampus tanpa menjejaskan pelajaran,” katanya.

Dia turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif pendidikan percuma PTPTN untuk pelajar cemerlang, yang disifatkannya sebagai dorongan besar kepada pelajar untuk belajar lebih gigih dan mengubah nasib keluarga.

Pembangunan seimbang bukti komitmen kepada Sarawak

Sementara itu, Nufri Nasir, 30, menyatakan penghargaan kepada Kerajaan MADANI yang terus memberi perhatian terhadap pembangunan Sarawak menerusi peruntukan RM6 bilion bagi memperkasa infrastruktur dan kemudahan asas.

“Sebagai anak jati Sarawak, kami amat menghargai perhatian kerajaan terhadap keperluan negeri ini. Projek Pan Borneo, jalan luar bandar, bekalan air bersih serta elektrik di kawasan pedalaman amat penting dalam memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya.

Dia turut memuji langkah kerajaan memperuntukkan RM48 bilion bagi prasarana rakyat dan kemudahan asas desa yang akan membantu mengurangkan jurang pembangunan antara negeri dan kawasan luar bandar.

“Peruntukan ini membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan serius dalam memastikan pembangunan yang lebih seimbang di seluruh Malaysia,” ujarnya.

TVET teras ekonomi baharu negara

Sementara itu, Alisca Sangau, 30, seorang pengajar TVET berkata, Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen serius kerajaan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal negara sebagai pemangkin ekonomi berteknologi tinggi.

“Peruntukan yang diumumkan membolehkan TVET beralih daripada model tradisional kepada latihan berasaskan industri masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor,” katanya.

Menurutnya, fokus kerajaan terhadap pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi amat penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menyokong pelaburan besar dalam sektor teknologi.

“Jika peruntukan digunakan untuk menaik taraf fasiliti, tenaga pengajar dan kerjasama industri, TVET mampu menjadi platform strategik melahirkan bakat teknologi tempatan serta menjadikan Malaysia hab AI, EV dan semikonduktor di rantau ini,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM