RUU Antibuli 2025 akan dibentang di Dewan Rakyat, banteras buli tanpa kompromi

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk membentangkan RUU Antibuli 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang telah bermula pada 3 Oktober 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seluruh kekuatan dan tenaga jentera merentasi kementerian akan digembleng bagi mengekang gejala buli.

“Buli ialah jenayah senyap yang mesti dinoktahkan. Gejala ini sama ada di sekolah, universiti, tempat kerja mahupun di alam maya, telah membunuh potensi, menanam trauma berpanjangan, malah meragut nyawa insan. 

“Kita mesti putuskan rantaian kezaliman ini sampai ke akar, melalui didikan empati dan penguatkuasaan tanpa kompromi,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE) sebagai rangka menyeluruh pencegahan buli di sekolah, termasuklah memperkasa peranan guru dan murid melalui Program Amalan Sekolah Penyayang.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meningkatkan keselamatan mahasiswa di kampus dengan menambah CCTV selain menganjurkan program sahsiah serta kepimpinan sebagai bentuk pencegahan buli dan ragging.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan sokongan psikososial melalui sesi kaunseling berkelompok manakala Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.

“Rakan Muda pula menggerakkan ikhtiar ‘Lawan Buli’ dalam kalangan belia di akar umbi,” katanya.

Mengulas isu ‘scam’ dan ancaman siber, Anwar menegaskan, Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah SIber akan digubal bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.

“Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber negara. Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini dikemudi secara langsung oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pengendalian kkes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap dan diperuntukkan RM12 juta.

“Peranan D11 PDRM diperkasa dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber. RM20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan ‘Behavioural Science Unit’ yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar