Kerajaan dijangka kutip hasil RM343.1 bilion tahun depan

PUTRAJAYA – Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggar meningkat kepada RM343.1 bilion pada tahun hadapan, berbanding RM334.1 bilion tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI konsisten menurunkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022, 5 peratus (2023), 4.1 peratus (2024) dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025).

Perdana Menteri berkata, defisit fiskal dijangka terus menurun kepada 3.5 peratus pada tahun 2026.

“Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal daripada RM100 bilion (2022), RM92 bilion (2023), RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025) dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini.

“Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal tiga peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana.

“Pada tahun hadapan, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion ketimbang RM334.1 bilion ringgit, unjuran tahun ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, unjuran itu susulan komitmen Kerajaan MADANI memberi keutamaan terhadap tatakelola dengan memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan yang masih mengikat kuasa Menteri Kewangan.

Beliau menambah, lazimnya cukai tambahan diperlukan untuk perbelanjaan tambahan bagi prasarana dan bantuan rakyat akan dikenakan cukai tambahan.

“Tapi kerajaan memilih membaiki tatakelola, termasuk penyasaran subsidi tanpa menambah beban rakyat.

“Dengan menggunakan kaedah sedemikian, kita berjaya melaksana langkah pembanterasan rasuah, mengekang penyeludupan serta memecah tembok dan melumpuhkan kartel,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar