Inovasi tempatan diperkasa melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia

KERAJAAN komited untuk memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan tempatan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’ yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun universiti awam telah menubuhkan hampir 450 syarikat terbitan, kadar pengkomersialan hasil penyelidikan kekal rendah, iaitu sekitar lima peratus.

Justeru, langkah lebih proaktif diperkenalkan bagi memastikan inovasi anak tempatan tidak terus terperangkap di peringkat makmal dan dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh rakyat dan industri.

Bagi tujuan itu, pensyarah universiti awam yang juga pengasas syarikat terbitan kini dibenarkan mengambil cuti penyelidikan atau sabatikal selama setahun untuk memberi tumpuan kepada usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka.

Pada masa sama, kerajaan akan menubuhkan Dana Nasional Syarikat Terbitan berjumlah RM10 juta yang bakal membantu sekurang-kurangnya 50 pensyarah membangunkan syarikat masing-masing. Dana ini dijangka menarik pelaburan swasta melebihi RM30 juta dengan kesan pengganda tiga kali ganda terhadap ekonomi negara.

Kerajaan juga memperuntukkan RM12 juta kepada beberapa hospital pengajar universiti (HPU) terpilih bagi mengaplikasikan secara bersasar hasil inovasi tempatan dalam rawatan dan pemulihan pesakit. Antara ciptaan yang akan digunakan ialah mesin dialisis buah pinggang mudah alih dan rawatan kanser lidah oleh Universiti Sains Malaysia (USM), serta terapi biologi osteoartritis lutut dan rawatan kesuburan oleh Universiti Malaya (UM).

Sehingga kini, lebih 550 produk dan perkhidmatan tempatan telah diluluskan penggunaan logo MySTI sebagai pengiktirafan kepada inovasi sains dan teknologi negara. Produk berstatus MySTI akan diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan dan ujian pasaran komersial.

Dalam usaha menggalakkan penggunaan teknologi hijau, kerajaan turut mencadangkan pemberian Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100 peratus kepada syarikat yang menggunakan teknologi tempatan yang diiktiraf dengan pensijilan MyHIJAU Mark.

Kempen ‘Buatan Malaysia’ juga terus diperkasa dengan peruntukan RM20 juta bagi meningkatkan promosi produk tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebagai tambahan, kerajaan akan menganjurkan Putrajaya Festival of Ideas sebagai platform merakyatkan hasil penyelidikan dan inovasi institusi pengajian tinggi agar lebih dekat dengan komuniti serta dapat dimanfaatkan secara langsung dalam kehidupan seharian.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka lebih berdisiplin, fokus keutamaan ekonomi semasa

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi petunjuk bahawa Belanjawan 2027 akan disusun dengan pendekatan lebih berdisiplin dan berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia kekal nombor satu ekonomi Islam terbaik dunia

PUTRAJAYA – Malaysia mengekalkan daya saing peringkat global dalam pelbagai sektor ekonomi Islam dengan membuktikan keyakinan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kekuatan ekonomi negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri