Belanjawan 2026: Penjaja, PPR terus mendapat perhatian kerajaan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan dana dalaman RM500 juta bagi menambah baik kemudahan penjaja serta projek perumahan rakyat (PPR) di ibu negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM200 juta bagi membangunkan semula pusat penjaja, pasar dan medan selera usang, manakala RM300 juta untuk menyelenggara bangunan, sistem pendawaian serta kemudahan jalan di PPR.

“Bandar raya dan kota Kuala Lumpur juga tidak hanya dikenali dengan bangunan dan gedung-gedung megah, tetapi pusat penjaja, gerai dan warung yang lengkap, bersih serta selesa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan itu turut mengumumkan RM60 juta disediakan kepada semua pihak berkuasa tempatan bagi membina gerai dan membaiki pasar awam.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula akan menaik taraf 363 premis perniagaannya di seluruh negara demi manfaat 7,300 usahawan dengan peruntukan hampir RM50 juta.

Anwar turut mengarahkan DBKL segera membaik pulih semua lif rosak di PPR sebelum akhir tahun ini.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills