KPKT salur RM67.26 juta laksana projek pembangunan di Tawau

TAWAU – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan berjumlah RM67.26 juta bagi melaksanakan 18 projek pembangunan di kawasan Tawau dengan memanfaatkan lebih 230,000 penduduk.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, jumlah itu daripada peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) Rolling Plan 5 (RP5) bagi pelaksanaan pelbagai projek kesejahteraan rakyat di negeri Sabah yang diluluskan Kerajaan MADANI sebanyak RM156.03 juta.

“Peruntukan itu merangkumi RM42.9 juta pembinaan tapak Pelupusan Sanitari di Bukit Gemok, RM9.67 juta naik taraf Taman Pelita serta RM9.63 juta Pembinaan Balai dan Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Merotai.

“Selain itu, RM4.2 juta naik taraf pasar awam, tandas dan perparitan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), RM340,000 kepada 17 penerima inisiatif Program Baik Pulih Rumah di Bandar dan RM530,000 Program Penyenggaraan Perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam lawatan kerja ke tapak projek naik taraf landskap Taman Pelita sempena Sentuhan Kasih KPKT Sabah di sini, pada Rabu.

Antara kawasan lain yang dilawati termasuklah Pasar Ikan Tawau, Pasar Sentral serta dua rumah yang terlibat projek baik pulih bandar di Kampung Pukat Tanjung Batu.

Dalam lawatannya di Taman Pelita, Kor Ming turut meluluskan penambahan sebanyak RM500,000 bagi kerja naik taraf Taman Awam Pelita Fasa Kedua.

“Selain di Tawau, kita juga telah ke Kota Kinabalu di sana saya luluskan pembinaan Taman Botani Kota Kinabalu dengan peruntukan sebanyak RM20 juta serta tempat letak kereta moden di Foh Sang yang melibatkan kos RM30 juta selain RM35 juta untuk tapak pelupusan sanitari di Sandakan.

“Paling penting, ini bukan cakap kosong hanya dengan sentimen fikiran dengan retorik tapi apa yang telah dilakukan kita buktikan.

“Sebab itu kita tahu rakyat Sabah yang bijaksana boleh menilai siapa yang boleh buat kerja dan betul-betul ikhlas dan jujur untuk berjasa dan berbakti kepada rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1