Dasar tarif AS, pengurangan defisit dijangka diselaras dalam Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat ini dijangka akan disesuaikan dengan ketidaktentuan pasaran ekonomi global yang terkesan dengan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun belum mendapat gambaran sepenuhnya mengenai belanjawan itu, keutamaan kerajaan dalam mengurangkan defisit negara akan menjadi fokus belanjawan pertama selepas pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau yang juga Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, kerajaan perlu bergerak ke hadapan dan mengimbangi situasi ekonomi global yang berada dalam ketidaktentuan disebabkan dasar tarif AS.

“Kita harus mengambil maklum, kerajaan hari ini berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan pada masa sama kedudukan ekonomi global juga terjejas dengan tarif yang dikenakan AS, termasuk ketidaktentuan dalam ekonomi dunia.

“Malaysia sebagai sebuah negara yang terbabit secara langsung dalam perdagangan terbuka akan turut terkesan, dan dalam proses kerajaan merangka belanjawan, saya percaya ia akan berdepan perkara yang sama iaitu bagaimana untuk mengimbangi defisit,” katanya ketika berucap pada Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS), pada Rabu.

Menyentuh mengenai peruntukan kepada kementeriannya dalam Belanjawan 2026, Johari menegaskan, terdapat beberapa perkara penting yang diminta oleh pihaknya khusus untuk pembangunan negara.

“Kita mempunyai beberapa keutamaan (yang memerlukan peruntukan Belanjawan 2026) dan kita sudah membuat permintaan, tetapi ia bergantung kepada Kementerian Kewangan (MoF),” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri