Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

ARAU – Sebuah Nissan GTR R35 bernilai kira-kira RM350,000 antara tujuh kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi Ops Luxury.

Kenderaan berkuasa tinggi itu ditahan di Jalan Padang Besar–Chuping kira-kira pukul 4 petang semalam selepas dikesan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans.

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd. Nawi berkata, hasil siasatan mendapati kereta milik seorang ahli perniagaan itu mempunyai enjin 3.8 liter dengan kadar cukai jalan tahunan RM5,725.50 yang tamat sejak 17 Mei lalu.

“Pemilik kenderaan mewah perlu menjadi contoh dan tidak mengambil mudah tanggungjawab memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noraini, pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan akan diambil tanpa pengecualian terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang culas.

Beliau berkata, sejak 1 Januari lalu sebanyak 80 kenderaan telah disita termasuk tujuh kereta mewah membabitkan dua Toyota Harrier, dua BMW, sebuah Alphard, Peugeot dan Nissan GTR R35.

Kesalahan utama dikesan ialah LKM tamat tempoh, tiada insurans dan lesen memandu dengan alasan ‘lupa’ atau ‘tunggu kelulusan insurans’.

Daripada jumlah itu, 32 kenderaan ialah motosikal, 33 motokar termasuk tujuh mewah, tujuh motolori, tiga van, tiga pikap dan dua lain.

“Sebanyak 60 Notis 114 turut dikeluarkan kepada kenderaan perdagangan antara 1 hingga 5 Oktober kerana tiada slip pengesahan Speed Limitation Device (SLD),” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi menjamin keselamatan di jalan raya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang