Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga bot nelayan tempatan kerana menangkap siput secara haram di perairan negeri ini, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP), Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, ketiga-tiga bot tanpa nombor pendaftaran itu dikesan ketika operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ketiga-tiga vesel terbabit ditahan di tiga lokasi berasingan kira-kira 6.5 hingga 7.3 batu nautika dari muara Kuala Sanglang ketika mereka leka menangkap siput menggunakan sangkar besi.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua vesel dikendalikan oleh seorang tekong dan dua awak-awak, manakala sebuah lagi dikendalikan seorang tekong dan tiga awak-awak warga tempatan berusia antara 19 hingga 52 tahun,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah memberi amaran dan kerap melakukan rondaan, namun aktiviti menangkap siput secara haram masih berleluasa di perairan Perlis.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(a) kerana melanggar syarat lesen dan Seksyen 11(3)(c) kerana memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda atau hukuman lebih berat.

“Vesel, peralatan menangkap siput dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dirampas dan dibawa ke Jeti Operasi ZMKP untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia turut menasihatkan pengusaha perikanan supaya mematuhi peraturan sedia ada demi kelestarian ekosistem marin serta melaporkan sebarang aktiviti perikanan haram di talian 04-9851072 atau 999,” ujarnya.

Related Posts

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

MUKAH – Projek pembinaan jalan raya sepanjang 11 kilometer (km) di Nanga Baoh yang pernah dibatalkan pelaksanaannya sebelum ini, kini diluluskan semula dengan suntikan dana yang jauh lebih besar mencecah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003