Kesedaran digital dalam kalangan warga emas penting bendung ‘scammer’

MIRI – Kemajuan teknologi kecerdasan buatan atau AI telah membawa pelbagai manfaat dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.

Namun begitu, perkembangan pesat teknologi ini turut membawa cabaran baharu apabila ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan siber atau scam.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pelbagai taktik digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian bagi memperdaya orang ramai, termasuk menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan mesej, suara dan video palsu yang kelihatan seolah-olah benar.

“Golongan mahasiswa, suri rumah, warga emas dan pesara dikenal pasti antara yang sering menjadi sasaran utama,” katanya ketika berucap dalam program Rakyat Disantuni, Perkasa Komuniti di sini, pada Isnin.

Menurut beliau, ‘scammer’ bijak memanipulasi emosi mangsa melalui dua elemen utama, iaitu sifat tamak terhadap ganjaran cepat serta rasa takut akibat ugutan atau ancaman.

Keadaan panik dan cemas juga menjadi antara faktor penyumbang yang menyebabkan mangsa mudah tertipu.

“Pelbagai program kesedaran sedang dan akan dilaksanakan oleh agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang taktik penipuan dalam talian.

“Langkah ini diambil bagi memastikan orang ramai lebih peka terhadap jenayah siber dan mampu melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan digital yang semakin canggih hasil kemajuan teknologi masa kini,” ujar beliau lagi.

Turut hadir, Pengerusi PAWE Miri, Puan Sharifah Ranimah, Pegawai Eksekutif Pekeso. Puan Fatin Atirah Binti Malik, Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDN Miri, Puan Nur Aida Binti Alias, Badan-Badan Kerajaan, NGO serta warga emas.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula