Galak OKU daftar melalui SMOKU, manfaatkan kemudahan dan bantuan – Mohamad Duri

SARATOK – Golongan orang kelainan upaya (OKU) diseru agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta bantuan yang disediakan kerajaan bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, terdapat lebih 30 bentuk bantuan dan keistimewaan yang boleh dinikmati oleh golongan OKU sekiranya mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau menyeru keluarga yang mempunyai ahli OKU supaya segera melakukan pendaftaran bagi membolehkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan mengikut keperluan masing-masing.

“Setakat Disember 2024, sejumlah 736,607 individu OKU telah berdaftar di seluruh negara di bawah tujuh kategori ketidakupayaan melalui Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU).

Bagi Betong pula, seramai 1,167 individu telah berdaftar sejak tahun 2020 hingga Oktober 2025. Pendaftaran ini amat penting bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima manfaat yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 yang diadakan di Dewan Terbuka Sri Kalaka, Saratok, pada Ahad.

Mohamad turut menekankan kepentingan sokongan masyarakat terhadap golongan istimewa ini agar mereka terus bersemangat menjalani kehidupan seharian dengan lebih yakin dan bermakna.

Majlis sambutan yang berlangsung meriah itu turut diserikan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya senamrobik bersama Spaoh Fitness, pencarian harta karun ‘Treasure For Smile’, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, kelas bahasa isyarat bersama Cikgu Anis, serta pameran agensi kerajaan dan NGO.

Acara kemuncak sambutan menyaksikan penyampaian kerusi roda kepada tiga penerima serta penyerahan Kad OKU kepada individu yang layak.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Abdul Shamat Kassim; Pemanca Lim Guan Ann; Kapitan Gan Eng Kie; Penghulu Rajali Bujang; Penghulu Madi Bujang; Penghulu Anyum; Penghulu Josephine serta ketua-ketua jabatan tempatan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM