Misi GSF contoh semangat tanpa sempadan

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyifatkan Global Sumud Flotilla (GSF) adalah misi kemanusiaan murni yang menzahirkan semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang kelaparan di Gaza, khususnya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

Seri Paduka Baginda bertitah, misi GSF itu contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam misi GSF itu, termasuk rakyat Malaysia, sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

“Mereka dalam misi itu hanya membawa bekalan makanan namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat,” titah Seri Paduka Baginda menerusia akaun Facebook Royal Press Office hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini hari ini, yang menyembah maklum mengenai perkembangan semasa GSF, termasuk usaha kerajaan Malaysia bagi membebaskan sukarelawan terlibat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat Malaysia dipermudah dan dilindungi Allah.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan