Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, bekas ADUN Tronoh ke Penjara Kajang

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diperintah menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini, berhubung kesalahan merogol pembantu rumahnya, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir Paul, 55, untuk mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara termasuk sebatan.

Selepas mendengar keputusan itu, Paul yang berada di kandang tertuduh kelihatan sugul.

Isteri dan anak-anaknya juga kelihatan sedih dengan keputusan berkenaan, kemudian memegang tangan Paul sebelum dibawa ke penjara serta-merta.

Dalam prosiding hari ini, Paul diwakili peguam, Datuk Rajpal Singh, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Salim Bashir sementara pendakwaan selaku responden dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari dan Mohd Fuad Abd Aziz.

Paul didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak pada 23 Ogos 2019 atas satu pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, ketika kejadian berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumah tertuduh, di daerah tersebut antara jam 8.15 hingga 9.15 malam 7 Julai 2019.

Pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi daerah sama.

Perbicaraan bermula 5 April 2021 dengan 23 individu termasuk dua saksi terlindung dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

Paul diperintah membela diri atas pertuduhan tersebut pada 7 Disember tahun sama.

Pada 27 Julai 2022, Hakim, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati bekas Exco Kerajaan Negeri Perak terbabit bersalah dan dihukum penjara 13 tahun serta dua sebatan.

Pada 1 Mac 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan sabitan bersalah dan dua sebatan terhadap bekas ADUN itu.

Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun.

Tidak berpuas hati dengan keputusan panel hakim, ahli politik berkenaan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan empat hari kemudian iaitu pada 5 Mac.

Related Posts

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu