Gempa 6.9 magnitud di Filipina, gegaran dirasai di Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 melanda Leyte di Filipina, dengan gegaran susulan turut dirasai sekitar Sandakan di Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.59 malam pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 11.2 darjah Utara dan 124.2 darjah Timur, kira-kira 50 kilometer barat laut dari Ormoc, Filipina.

“Gegaran dirasai di sekitar Sandakan, Sabah. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Orang ramai yang merasai gegaran diminta berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8 bagi membantu pemantauan pihak berkuasa,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX