AGC tentukan nasib pendakwaan Ismail Sabri – Azam Baki

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan didakwa berhubung kes siasatan rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan pendakwaan itu adalah kuasa penuh AGC, manakala pihaknya telah menyelesaikan siasatan dan melaksanakan tindakan berkaitan pemulihan aset.

“Saya hanya menunggu daripada Peguam Negara sama ada kes itu perlu diteruskan untuk menuduh atau tidak. Itu sahaja terpulang kepada beliau (Peguam Negara).

“Tetapi bagi pemulihan aset, kita (SPRM) sudah jalankan tugas dan aset berkenaan berjaya dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-58 dan peluncuran kempen Keep Malaysia Clean di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin memerintahkan wang tunai melebihi RM169 juta yang disita SPRM dan dikaitkan dengan Ismail Sabri dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia selepas tiada pihak ketiga tampil menuntut.

Selain itu, SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas bernilai anggaran RM7 juta.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula