Undang Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN simbol pragmatisme, keterbukaan – Penganalisis

UNDANGAN kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober depan dilihat mempunyai simbolik tersendiri dalam landskap diplomasi serantau.

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Datuk Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, langkah itu memperlihatkan Malaysia dan ASEAN mengambil pendekatan pragmatik, iaitu bersedia membuka ruang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk tokoh politik seperti Trump.

“Dari sudut simbolisme, ia menandakan ASEAN tidak mahu menutup ruang dialog, malah berlapang dada untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang masih mempunyai pengaruh besar dalam wacana politik global,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Anwar membatalkan jemputan yang diberikan kepada Trump.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mempertikaikan jemputan kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara bulan depan tidak harus melihatnya secara sempit.

Anwar berkata, Kuala Lumpur akan memanfaatkan platform diplomasi itu untuk menyuarakan hal-hal Palestin.

Pada masa sama, Awang Azman menjelaskan, strategi berkenaan turut memberi mesej bahawa ASEAN bukan kuasa besar tetapi lambang penyatuan negara serantau yang mengutamakan keamanan, kemakmuran dan keharmonian sejagat.

Namun begitu, beliau turut mengingatkan bahawa undangan berkenaan juga membawa risiko tertentu, khususnya dari segi persepsi antarabangsa.

“Mengundang Trump boleh ditafsirkan sebagai langkah yang bercanggah dengan semangat multilateralisme yang sering dipertikaikan beliau.

“Jika tidak dikawal, ia boleh melemahkan naratif ASEAN sebagai blok berasaskan konsensus, keterangkuman dan kestabilan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Malaysia selaku tuan rumah perlu memastikan mesej sebenar ASEAN lebih jelas agar tidak tenggelam dengan persepsi negatif yang mungkin timbul hasil kehadiran Trump.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan