MP Libaran hargai komitmen PMX percepat projek rumah tentera di Sandakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi komitmen untuk mempercepatkan projek pembinaan rumah tentera di Sandakan.

Menurut Suhaimi, perkara itu disuarakan Perdana Menteri ketika lawatan rasminya ke Sandakan pada Sabtu.

“Sebagai Ahli Parlimen Libaran, saya telah beberapa kali membangkitkan isu berkaitan kemudahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pantai Timur Sabah di Dewan Rakyat, khususnya mengenai kediaman anggota dan pegawai, kemudahan Klinik ATM, aset ketenteraan serta kekuatan logistik.

“Di kawasan Parlimen Libaran sendiri terdapat Kem Sri Kinabatangan di Batu 7, Sandakan.

“Saya juga telah turun padang meninjau keadaan kemudahan di kem tersebut, termasuk klinik dan sekolah Kem Tentera dan jelas terdapat keperluan untuk penambahbaikan segera demi kebajikan warga ATM dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Suhaimi berkata, Pantai Timur Sabah merupakan kawasan strategik yang berdepan dengan cabaran keselamatan, justeru kehadiran ATM yang kukuh dengan kemudahan lengkap amat diperlukan.

Oleh itu, katanya, usaha mempercepatkan projek perumahan ini adalah langkah tepat dan wajar demi memastikan kesejahteraan anggota tentera terpelihara, selain memperkukuhkan lagi pertahanan negara.

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029