Adam Adli pantau pemulihan pascabanjir di Sabah, gerakkan sukarelawan

PUTATAN – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim mengadakan lawatan kerja pascabanjir di beberapa lokasi di Negeri Sabah yang terjejas akibat bencana banjir selama dua hari bermula Selasa.

Jelasnya, lawatan ini dilaksanakan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah (JBS) serta Majlis Belia Sabah untuk meninjau keadaan penduduk, mengenal pasti bantuan segera di bawah kapasiti Kementerian Belia dan Sukan serta memberi sokongan moral kepada mangsa.

“Hari ini kita di Kampung Tombovo dan ini lokasi kedua kerja-kerja pemantauan pasca banjir Sabah.

“Ini adalah salah satu komitmen dari barisan pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk melihat dan memantau sendiri usaha-usaha pemulihan dan menggerakan juga peringkat lapangan rakan-rakan lain untuk terus menerus beri sokongan kepada masyarakat yang terkesan,” katanya selepas lawatan kerja pasca banjir di Kampung Tombovo, di sini, pada Rabu.

Tambahnya, langkah ini adalah selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan agar kerja-kerja pascabencana dipantau dengan rapi oleh Kerajaan Persekutuan supaya proses pemulihan dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.

“Di sini kita teruskan, ini memang antara yang lain adalah komitmen oleh Perdana Menteri sendiri, arahannya jelas diperlukan untuk kita sentiasa daripada Putrajaya ini untuk sentiasa bantu kawasan terjejas.

“Dalam konteks hari ini adalah di Sabah yang perlukan perhatian yang meluas dan perhatian yang menyeluruh.

“Kita mahu pastikan tak kira apa agensi pun dapat digerakkan kerana setiap agensi dalam kerajaan ini pasti ada peranan yang boleh dimainkan dalam usaha pemulihan dan juga menyokong rakyat yang terjejas,” katanya.

Susulan lawatan ini, Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) di bawah inisiatif Rakan Muda akan digerakkan oleh JBS Sabah bersama Majlis Belia Sabah, manakala pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sabah akan turut membantu melalui kepakaran teknikal dan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas.

“Yang ini kita akan gerakkan dari masa ke semasa, untuk pastikan kita boleh terus bantu rakyat yang terjejas agar dapat terus disantuni dengan baik,” ujarnya.

Pada Selasa, Adam bersama rombongan telah meninjau keadaan lima buah keluarga di Kampung Minitod, Inanam dengan turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Datuk Peto Galim.

Related Posts

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

SEBERANG PERAI – Polis membongkar sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan