Polis Sarawak lupus barang kes dadah bernilai RM1.47 juta

KUCHING – Sebanyak 11,004 kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan racun dari tahun 2017 hingga 2024 dilupuskan hari ini oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak melibatkan nilai keseluruhan RM1.47 juta.

Proses pelupusan itu dijalankan menggunakan kaedah  Loji Rawatan Termal (insinerator)  di Trienekens Sarawak Sdn. Bhd., Kuching Integrated Waste Management Park iaitu  syarikat bertauliah dilantik oleh Polis Diraja Malaysia.

Proses pelupusan turut disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah melibatkan barang kes daripada 23 daerah yang telah selesai siasatan dan perbicaraan di mahkamah. 

Antara barang kes yang dimusnahkan ialah syabu (9,739.45 gram), serbuk ekstasi (5,474.86 gram), ganja (1,158.32 gram), pil Erimin 5 (1,190.07 gram), pil nospan (7,445 gram), ketamin (267.70 gram), pil ekstasi (231.01 gram), air ketum (2 liter) dan 7,852 botol urin.

Kesemua pelupusan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mancha Ata dalam kenyataannya menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan dadah akan terus dipergiat demi melindungi generasi kini dan masa depan.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis