Ekspedisi Cave Out Cancer anjuran MAKNA pembakar semangat

KUANTAN – Ekspedisi amal Cave Out Cancer anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) berjaya mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser kurang berkemampuan.

Ketua Projek Cave Out Cancer, Ilham Hafifi berkata, ekspedisi itu disertai 16 sukarelawan termasuk dua pejuang kanser merentasi dua lokasi gua ikonik di Malaysia.

​Fasa pertama berlangsung di Racer Cave dan Stone Horse Cave, Mulu dari 11 hingga 14 September lalu.

“Peserta kemudiannya meneruskan cabaran di Gua Kota Gelanggi, dekat Jerantut, bermula 19 hingga 21 September.

“Kami berasa amat terharu dengan dedikasi setiap peserta, terutamanya dua pejuang kanser kami.

“Keberanian dan semangat mereka adalah inspirasi terbesar, menunjukkan kanser bukanlah penghalang untuk terus berjuang,” katanya dalam kenyataan.

​Ilham memaklumkan, peserta lain turut berkongsi pengalaman menyertai misi memberi ‘impak emosi yang mendalam’.

​Semua dana yang dikumpul akan disalurkan sepenuhnya kepada MAKNA untuk membantu pesakit kanser yang memerlukan.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis