Subsidi RON95 bukti Kerajaan MADANI prihatin – Abun Sui

KUCHING – Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit, menyambut baik pengumuman kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September ini melalui pelaksanaan subsidi bersasar.

Beliau berkata, langkah itu jelas memberi kelegaan besar kepada rakyat dalam menghadapi kos sara hidup harian yang semakin mencabar, selain membuktikan komitmen Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunaikan janji walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

“Dalam suasana harga minyak mentah yang tinggi di pasaran antarabangsa, kerajaan tetap berusaha meringankan beban rakyat dengan memastikan harga petrol kekal rendah. Ini bukti nyata keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, penerimaan rakyat terhadap keputusan tersebut amat positif, namun masih ada segelintir pihak, khususnya pembangkang, yang tidak menghargai usaha kerajaan.

Abun turut menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, termasuk aktiviti penyeludupan atau perbuatan lain yang boleh merugikan negara.

“Jika masih terdapat kegiatan yang hanya menguntungkan warga asing dan menjejaskan kepentingan rakyat, pihak berkuasa wajar bertindak segera demi melindungi hak rakyat Malaysia,” ujarnya.

Abun yang juga Ketua Cabang PKR Hulu Rajang, menekankan bahawa subsidi RON95 ini adalah bukti Kerajaan MADANI benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji