Ahli Parlimen Batang Lupar sambut baik inisiatif BUDI95

BATANG LUPAR– Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamed Shafizan Kepli menyambut baik inisiatif BUDI95 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter, lebih rendah berbanding harga semasa RM2.05 seliter.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif itu diyakini dapat membantu meringankan beban rakyat, namun menegaskan kepentingan agar mekanisme pelaksanaannya dijalankan secara teratur dan efisien di semua stesen minyak, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Mungkin dalam tempoh percubaan ini akan ada kekangan dan kekurangan yang perlu diperhalusi. Maka kita beri peluang sewajarnya kepada kerajaan untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan objektif BUDI95 mencapai hasrat dan sasarannya,” katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan TMP pada Isnin.

Shafizan turut menjelaskan bahawa manfaat BUDI95 akan dapat dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan serta lesen memandu sah tanpa mengira tahap pendapatan. 

Katanya, langkah ini sekali gus dapat mengurangkan ketirisan subsidi petrol RON95 yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat tempatan.

Beliau dalam masa sama mengingatkan bahawa penguatkuasaan perlu diperkukuh bagi mengelak penyalahgunaan, termasuk penjualan petrol bersubsidi di pasaran gelap sebagaimana yang pernah berlaku melibatkan diesel bersubsidi sebelum ini.

Mengulas keadaan di Sarawak, beliau menegaskan masih terdapat kawasan pedalaman yang menjual RON95 secara runcit di kedai-kedai kampung berikutan kedudukan yang jauh daripada stesen minyak.

“Kerajaan perlu mencari penyelesaian bagi memastikan penduduk di luar bandar dan pedalaman turut menikmati manfaat BUDI95 serta tidak terkesan dengan rasionalisasi subsidi,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan