Tiada kesesakan di semua lebuh raya pagi ini

PUTRAJAYA – Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik bergerak lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

“Orang ramai berkemungkinan masih belum memulakan perjalanan pulang ke kediaman selepas berakhirnya cuti persekolahan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Klang Timur dari Hulu Langat menuju ke Ampang.

Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 30 lorong pintar telah diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS pagi ini bagi memastikan aliran trafik kekal lancar.

Related Posts

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

PUTRAJAYA – Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diperkasa secara holistik sebagai pendekatan pencegahan bagi menangani isu pematuhan imigresen, bukannya hanya bergantung kepada operasi serbuan dan penahanan besar-besaran. Profesional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan