Bomba kerah 24,000 anggota menjelang Monsun Timur Laut

HULU TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan seramai 24,000 anggota ke seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, kekuatan itu membabitkan anggota sepenuh masa, pasukan Bomba Bantuan serta hampir 9,000 anggota Bomba Sukarela.

“Persiapan awal telah dimulakan dan tahun ini kita memperkukuh keupayaan respons pasukan.

“Seramai 24,000 anggota dikenal pasti boleh digerakkan, termasuk 2,315 Bomba Bantuan dan 8,956 Bomba Sukarela,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) bersama JBPM di Hutan Lipur Sekayu, dekat sini, hari ini.

Nor Hisham memaklumkan, sebanyak 150 bot komuniti baharu telah diagihkan ke lokasi berisiko banjir bagi membolehkan penduduk setempat bertindak segera sebelum pasukan penyelamat tiba di kawasan terjejas.

“Bot komuniti ini dilengkapi enjin 15 kuasa kuda bersaiz 14 kaki, sesuai untuk operasi di kawasan banjir bandar yang cetek dan sempit.

“Usaha ini diharap dapat mengurangkan cabaran logistik serta mempercepatkan operasi menyelamat,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, JBPM turut memiliki aset tambahan termasuk 450 kenderaan marin, 417 kenderaan angkut roda ringan dan 119 kenderaan angkut berat.

“Kerajaan juga telah meluluskan perolehan 200 kenderaan baharu, termasuk kenderaan penarik bot dan ‘light operation vehicle’ yang dijangka mula dibekalkan awal tahun depan.

“Dengan perolehan ini, kesiapsiagaan JBPM dijangka lebih mantap khususnya apabila fenomena La Niña diramalkan berlaku pada hujung Disember hingga awal Januari nanti,” katanya.

Related Posts

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh reputasinya dalam pengurusan aset apabila dua hartanah ikonik miliknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam, meraih pengiktirafan berprestij pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah