Anugerah Seni Negeri Sabah 2025 angkat martabat seniman, budayawan

KOTA KINABALU – Anugerah Seni Negeri (ASN) Sabah 2025 mengangkat martabat sekali gus mengiktiraf sumbangan para seniman, budayawan, penggiat seni, organisasi dan institusi yang telah menabur jasa dalam memartabatkan seni budaya di negeri ini.

Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah selaku penganjur, ASN 2025 bukan sekadar warisan turun-temurun tetapi juga aset strategik negara dalam memperkukuh industri kreatif, memperluas diplomasi budaya dan memperkayakan sektor pelancongan.

“Majlis ini sekali lagi meneguhkan Sabah sebagai ‘Panggung Seni Tradisional dan Kontemporari’ menjadi mercu tanda peradaban serta pusat kesenian dan budaya yang diiktiraf di persada dunia,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Beliau berkata, majlis itu juga membawa naratif bahawa seni budaya adalah arkib hidup peradaban, tempat bersemayamnya memori kolektif dan semangat masyarakat majmuk.

“Selaras dengan gagasan Malaysia MADANI dan aspirasi Sabah Maju Jaya, seni diposisikan sebagai wahana pembangunan menyeluruh yang memadukan kemajuan fizikal dengan keluhuran rohani dan nilai murni,” jelasnya.

Majlis berprestij itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew.

ASN menobatkan Abdul Karim Gulam sebagai Tokoh Seni Negeri Sabah dengan membawa hadiah berupa warkah penghargaan, wang tunai RM9,000 serta trofi sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam dunia seni dan budaya negeri.

Sementara itu, bagi anugerah Pendukung Seni Negeri Sabah 2025 kategori agensi kerajaan atau korporat dimenangi Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF); kategori badan bukan kerajaan (NGO) dimenangi Persatuan SEAMEX Sabah; kategori media pula dimenangi Radio Televisyen Malaysia (RTM) masing-masing menerima warkah penghargaan, wang tunai RM3,000 dan trofi.

Turut disampaikan anugerah khas yang terdiri daripada dua kategori iaitu kategori senior di menangi Kumpulan The Male-Efficient dan junior pula disandang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau masing-masing menerima warkah penghargaan, wang tunai RM4,000 beserta trofi.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan