Wanita luar bandar tonggak desa progresif – Rubiah Wang

KUCHING – Usaha memperkasa golongan wanita luar bandar terus diperkukuh apabila hampir 300 peserta wanita dari Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman berhimpun dalam Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Sarawak 2025 bertemakan ‘Wanita Inklusif, Desa Progresif’ yang berlangsung di Hotel Imperial Kuching pada 18 hingga 19 September lalu.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang yang menegaskan bahawa wanita adalah nadi utama pembangunan desa dan perlu diberi peluang sama rata dalam pendidikan, ekonomi serta kepimpinan. 

Menurutnya, wanita bukan sekadar pengikut, sebaliknya pemimpin bersama yang menggerakkan keluarga, komuniti dan negara.

“Tanpa penyertaan aktif wanita, mustahil kita dapat membina desa progresif dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa KKDW melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah melatih lebih 1,300 wanita di seluruh negara sepanjang tahun ini menerusi kursus pemerkasaan komuniti dan seminar kepimpinan wanita. 

Di Sarawak sahaja, 120 peserta telah mengikuti Modul Wanita manakala 300 peserta hadir dalam seminar kepimpinan kali ini. 

Program ini memberi fokus kepada latihan kepimpinan, pembangunan diri, keusahawanan, kesihatan mental serta hak-hak wanita dalam undang-undang keluarga.

Rubiah turut mengakui beberapa cabaran masih membelenggu wanita luar bandar, antaranya keterbatasan akses pendidikan dan latihan teknikal, kekangan modal serta pasaran bagi perusahaan mikro, tahap kesedaran kesihatan mental yang rendah, isu keganasan rumah tangga yang masih berlarutan, serta penyertaan rendah wanita dalam jawatankuasa kepimpinan komuniti. 

Menurutnya, seminar seperti ini menjadi platform penting untuk wanita menimba ilmu, membina keyakinan dan seterusnya tampil sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Penganjuran seminar ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai keterangkuman, kasih sayang dan keharmonian. 

Rubiah menyeru agar semua peserta menjadikan ilmu yang diperoleh sebagai bekal untuk membawa perubahan positif kepada komuniti masing-masing. 

“Wanita luar bandar adalah tonggak utama yang akan menentukan hala tuju pembangunan desa. Dengan semangat inklusif, kita mampu membina desa progresif yang lebih sejahtera,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan