Bila Bala baca ayat al-Quran, ulama Pas jadi bisu

MUKTAMAR Pas ke-71 baru-baru ini panas sekejap, bukan sebab perbahasan, tapi sebab bacaan al-Quran oleh Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), N Balasubramaniam.

Bala bukan saja baca, siap tafsir, dan ahli Pas pun bersorak, bertakbir macam menang Piala Dunia.

Tiba-tiba semua jadi syahdu. Ulama Pas yang biasanya lantang macam singa, terus jadi jinak macam kucing lepas kenyang.

Tapi peliknya, bila Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee dulu baca tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu dan bukan pun baca ayat Arabnya tiba-tiba jubah walaun terbakar.

Dewan Ulama Pas melompat, buat laporan polis. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor siap keluarkan makian kelas longkang. Katanya Malaysia jadi liberal sebab “bukan Islam berani tafsir Quran”.

Persoalannya bila Bala baca, tak liberal ke? Atau sebab Bala ada kad ahli Pas, semua jadi halal belaka?

Kononnya, Tuan Ibrahim boleh kata “tak salah bukan Islam baca Quran asalkan betul.” Masalahnya, betul ke bacaan Bala tu? Makharij lintang-pukang, sebutan tunggang terbalik.

Tapi ahli Pas tetap bersorak, sebab pada mereka label lebih penting daripada isi.

Howard Lee yang baca tafsir elok-elok diserang macam penghinaan agama. Bala yang baca lintang pukang pula dianggap bukti ‘kejayaan dakwah Pas’.

Itulah wajah sebenar Pas iaitu Islam ikut warna bendera. Kalau hijau, semua halal. Kalau roket merah, terus jadi kafir harbi.

Pas bukan jaga kesucian al-Quran. Pas jaga eksklusif tafsir untuk senjata politik. Itu sahaja.

Hari ini jelas apabila Bala baca al-Quran, ulama Pas hilang suara. Howard Lee baca tafsir, terus keluar fatwa politik.

Syurga neraka pun mereka yang pegang, asal ada nombor ahli Pas.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan