Kampung Baru: Titah Sultan Selangor selari pendirian Kerajaan MADANI – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menekankan kepentingan mengekalkan warisan sejarah dan hala tuju masa depan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pandangan baginda itu selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang menekankan pembangunan berasaskan keseimbangan antara kemajuan dan pemeliharaan identiti masyarakat.

“Pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang.

“Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara menegaskan beliau beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya isu pembangunan semula Kampung Baru dikendalikan dengan teliti dan berhemah, dengan memberi keutamaan kepada kepentingan orang Melayu.

Baginda menegaskan tiada halangan untuk kawasan itu dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syaratnya harus jelas serta berpihak kepada orang Melayu, selain mengambil kira sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan berkenaan sejak tahun 1899.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan