Warga emas rugi RM5 juta mangsa pelaburan kripto

IPOH – Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM5 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto tidak tidak wujud melalui platform dalam talian.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an itu yang bekerja dalam bidang profesional diperkenalkan dengan platform itu menerusi laman Facebook serta kumpulan pelaburan dalam talian.

“Siasatan awal mendapati transaksi pertama dibuat pada Julai 2025 dengan jumlah RM10,000, manakala transaksi terakhir dilakukan pada Ogos 2025.

“Keseluruhan kerugian yang direkodkan adalah RM5,030,970,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah dengan meyakinkan mangsa melalui paparan keuntungan awal dalam sistem pelaburan bagi menarik keyakinan.

Noor Hisam berkata, mangsa kemudiannya diarah membuat pindahan wang ke beberapa akaun bank tempatan dikawal sindiket.

Mangsa menyedari ditipu selepas cuba membuat pengeluaran wang pokok serta keuntungan, transaksi tidak berjaya dan akses kepada platform itu disekat.

“Mangsa akhirnya membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mengesahkan platform pelaburan tersebut tidak berdaftar serta disenarai sebagai entiti pelaburan tidak sah,” katanya.

Noor Hisam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Keseksaan kerana menipu.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan, selain tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan