PH hormati keputusan BN tidak bersama GRS pada PRN17 Sabah

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan terus berunding dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh UMNO dan BN yang tidak akan menjalin kerjasama politik dengan GRS pada pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi PH memaklumkan, PH tetap akan bekerjasama dengan BN dan turut mengadakan perbincangan dengan GRS.

“Ya, Datuk Seri Zahid maklum dengan saya (tidak jalin sebarang bentuk kerjasama politik dengan GRS).

“Dalam perundingan itu nampak buntu. Kita doakan mudah-mudahan dalam bentuk kesepakatan. Tapi itu, kita hormati keputusan BN,” katanya kepada media selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling, pada Jumaat.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan GRS.

Katanya, pendirian tersebut diputuskan selepas diadakan beberapa siri perbincangan dan rundingan melibatkan pimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO telah meneliti semua aspek serta maklumat berkaitan termasuk hasil perbincangan tiga pihak (tripartite discussion) sebelum membuat keputusan tersebut

Ahmad Zahid mengadakan mesyuarat tertutup dengan barisan pemimpin UMNO Sabah di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Pimpinan UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu