Kes pelajar jatuh bangunan: Kertas siasatan sedang dilengkap – Polis

KERTAS siasatan berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama sedang dilengkap oleh polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, langkah itu dibuat selepas pihaknya selesai melakukan siasatan di tempat kejadian termasuk penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan asrama di sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Beliau berkata, ramai individu dirakam percakapan bagi membantu dan melengkapkan kertas siasatan terbabit.

“Siasatan berjalan dengan aktif dan telah merakam banyak keterangan untuk membantu siasatan termasuk siasatan di tempat kejadian selesai sebenarnya.

“Kini, kertas siasatan sedang dikemas kini untuk diangkat bagi rujukan pihak pendakwaan negeri untuk memohon nasihat dan pendapat tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Shazeli berkata, pihaknya masih belum dapat mendedahkan sama ada kes berkenaan mempunyai unsur buli atau sebaliknya sehingga taklimat penuh diberikan kepada pejabat pendakwaan negeri.

Beliau berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan belum sedarkan diri.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun kita memperoleh beberapa petunjuk positif dan hala tuju siasatan hasil daripada rakaman keterangan ramai individu,” katanya dan menambah kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada 24 Ogos, media melaporkan Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama yang didakwa mempunyai kaitan dengan perbuatan buli.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai