Dua mangsa maut, seorang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Pan Borneo

BETONG — Dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis SUV yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan berhampiran Rumah Panjang Melayu Ulu, Jalan Pan Borneo, petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.58 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, komander operasi PBK I Abang Mohd Fadzil Abang Abdul Manab memaklumkan, kemalangan kendiri itu menyebabkan tiga mangsa tersepit di dalam kenderaan iaitu seorang lelaki dewasa dan dua wanita dewasa.

“Seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu manakala dua wanita tersepit di bahagian penumpang hadapan dan belakang. Kedua-dua wanita disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi, manakala lelaki berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah,” jelas kenyataan itu.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa dan operasi tamat sekitar 7.35 malam. 

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala mayat dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi.

Dalam operasi itu, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan. 

Turut membantu ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta RELA.

Related Posts

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan