Gempa Afghanistan, tiada rakyat Malaysia terbabit

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia di Pakistan dilaporkan terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6.0 yang melanda timur Afghanistan berhampiran sempadan negara itu, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memantau rapat situasi termasuk siri gempa susulan, yang turut dirasai secara meluas di ibu negara Pakistan, Islamabad.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas di Pakistan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi panduan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi.

“Mereka yang belum mendaftar kehadiran sangat digalakkan berbuat demikian melalui E-Konsular bagi memastikan sokongan dan komunikasi dapat diberikan dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan bersedia memberikan bantuan konsular jika diperlukan.

Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi talian +92 51 207 2900 (sambungan 124, 125, 119) atau +92 51 283 3200, serta e-mel ke mwislamabad@kln.gov.my.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram