Lebih 100,000 banjiri Dataran Putrajaya sempena Hari Kebangsaan 2025

PUTRAJAYA – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya pada Ahad bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna-warni, mencerminkan semangat patriotik rakyat yang tidak pernah luntur.

Sambutan gilang-gemilang itu diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; barisan Menteri Kabinet; selain Duta serta Konsul Asing di Malaysia.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, sambutan tahun ini menekankan komitmen kerajaan memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

Katanya, perkara terbabit sejajar prinsip Malaysia MADANI berteraskan perpaduan, kesejahteraan dan nilai kemanusiaan.

Acara kemuncak sambutan ialah perbarisan dan perarakan membabitkan 14,062 peserta yang menampilkan pancaragam, aset hidup, kenderaan serta kontinjen daripada pelbagai sektor utama negara termasuk ekonomi, telekomunikasi, industri kreatif, sukan dan keselamatan.

Sambutan kali ini turut menampilkan kelainan menerusi penyertaan julung kali Kontinjen Kepengerusian ASEAN 2025 sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Acara turut disemarakkan dengan Persembahan Khas Malaysia MADANI membabitkan 1,000 peserta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN); Persembahan Teres Grafik Manusia oleh 2,000 pelajar di bawah koordinasi Kementerian Pendidikan; selain pertunjukan bagpipe dan udara oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengunjung yang hadir juga terpukau dengan persembahan istimewa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang mendendangkan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, sekali gus menghangatkan suasana sambutan.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow