Kepelbagaian dan aspirasi negara warnai Hari Kebangsaan 2025

PUTRAJAYA – Dataran Putrajaya, pada Ahad dibanjiri ribuan rakyat pelbagai kaum dan lapisan usia yang berhimpun bagi  meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan penuh semangat patriotisme.

Bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, acara berprestij itu menzahirkan semangat kebersamaan serta memperkukuh perpaduan nasional merentasi kepelbagaian budaya dan latar masyarakat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan sambutan gilang-gemilang tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Jemaah Menteri.

Acara dimulakan dengan istiadat ketenteraan, diikuti persembahan pentas serta perarakan warna-warni melibatkan 81 kontinjen, 14,062 peserta, 21 pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara serta 116 haiwan perkhidmatan awam.

Sambutan turut diserikan dengan persembahan khas Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu tema tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Antara tumpuan utama ialah Kontinjen Kepengerusian ASEAN yang diselaraskan Kementerian Luar dengan penglibatan wakil kedutaan negara-negara ASEAN serta Timor-Leste, melambangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pula menampilkan persembahan beca berhias, flora dan fauna, busana etnik serta alunan muzik tradisional sebagai simbol kesiapsiagaan menyambut pelancong antarabangsa.

Semarak patriotisme turut diteruskan melalui Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 yang disertai 82 peserta selepas menjelajah 88 lokasi di seluruh negara.

Kreativiti tempatan tidak ketinggalan mendapat sorotan apabila Kontinjen Penyiaran dan Industri Kreatif menampilkan personaliti media bersama watak animasi popular seperti BoBoiBoy, Ejen Ali, Didi & Friends serta Omar & Hana yang kini mencuri perhatian di persada antarabangsa.

Sambutan bertambah meriah dengan persembahan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menampilkan aksi pesawat pejuang Su-30MKM, sebelum acara ditutup dengan persembahan kebudayaan “Citra MADANI” anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow