Thiqah lebih penting daripada sokongan politik dalam kepimpinan – KP JKOM

KEJATUHAN seorang Perdana Menteri bukan hanya berpunca daripada penarikan sokongan politik, sebaliknya berkait rapat dengan ketiadaan thiqah atau kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan seseorang pemimpin.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, kuasa politik tanpa nilai kepimpinan yang jelas hanya akan mendorong pemimpin untuk berusaha mengekalkan kuasa, bukan melaksanakan tanggungjawab sebenar kepada rakyat.

“Politik sering dilihat sebagai kuasa, tetapi persoalan penting ialah kuasa itu untuk apa? Jika seorang pemimpin tidak jelas tentang tanggungjawab kepimpinannya, maka dia akan sibuk mencari cara mengekalkan kuasa semata-mata,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, tindakan sebegitu mencemar makna kepimpinan kerana seorang pemimpin diterima atas tiga asas utama iaitu integriti, kebersamaan dan keadilan.

“Apabila kepimpinan tidak didokong oleh thiqah atau kepercayaan, maka pemimpin terpaksa melakukan tindakan-tindakan apologetik untuk mengekalkan kuasa. Itu bukanlah pemimpin yang kita cari,” tegasnya.

Tambahnya, tindakan pemimpin seharusnya tidak berasaskan populariti, sebaliknya pada keyakinan bahawa sesuatu keputusan memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

“Biarlah keputusan itu tidak popular, kerana akhirnya rakyat akan menilai natijah dan kesan daripada gaya kepimpinan tersebut,” ujarnya.

Ismail menjelaskan bahawa setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan berbeza sama ada tegas, demokratik atau fleksibel.

Justeru, katanya, perkara paling utama adalah kemampuan menterjemahkan gagasan dan idealisme dalam proses membina negara bangsa.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP