Polis berkas buruh binaan cuba samun kedai ayam goreng

KANGAR – Seorang buruh binaan yang mempunyai 20 rekod jenayah lampau diberkas polis selepas cuba menyamun sebuah kedai ayam goreng di Kampung Padang Melangit, di sini pada 16 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, suspek berusia 35 tahun itu bertindak mengacukan pisau lipat ke arah seorang pekerja wanita di kaunter kira-kira pukul 12.07 tengah hari.

“Suspek yang menunggang motosikal merah pada mulanya memesan satu set ayam goreng Korea berharga RM12 sebelum masuk ke ruang kaunter.

“Dia kemudian mengugut mahu menikam mangsa sambil meminta wang, namun pekerja terbabit menjerit meminta tolong menyebabkan suspek panik dan melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tiada kerugian dilaporkan.

Yusharifuddin berkata, hasil maklumat Op Rentap/Cantas, sepasukan polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 4.45 petang hari sama di tepi Jalan Sungai Baru, Simpang Empat selepas berlaku pergelutan.

“Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai 20 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes jenayah dan narkotik,” jelasnya.

Katanya, suspek direman empat hari bermula 17 hingga 20 Ogos lalu sebelum disambung tahanan reman di IPD Padang Besar bagi membantu siasatan dua lagi kes.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Perlis pada 19 Ogos lalu dan suspek berdepan tiga pertuduhan di mahkamah.

Antaranya di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, selain Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dengan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.

Suspek turut didakwa di bawah Seksyen 28 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Isu infrastruktur, keselamatan jalan dibawa ke Parlimen

TAWAU – Isu berkaitan infrastruktur dan tahap keselamatan jalan raya di Jalan Merotai-Kalabakan-Sapulut terus diberi perhatian apabila dibangkitkan di Dewan Rakyat awal tahun ini untuk tindakan segera pihak kerajaan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelia, juru ukur kanan syarikat lombong emas tidak mengaku salah ceroboh tanah

TAWAU – Seorang penyelia dan juru ukur kanan sebuah syarikat perlombongan emas tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat, atas pertuduhan menceroboh kawasan tanah milik syarikat Southsea Gold Sendirian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu infrastruktur, keselamatan jalan dibawa ke Parlimen

Isu infrastruktur, keselamatan jalan dibawa ke Parlimen

Penyelia, juru ukur kanan syarikat lombong emas tidak mengaku salah ceroboh tanah

Penyelia, juru ukur kanan syarikat lombong emas tidak mengaku salah ceroboh tanah

Anwar tegaskan kemajuan teknologi perlu berteraskan nilai dan akhlak

Anwar tegaskan kemajuan teknologi perlu berteraskan nilai dan akhlak

Anwar dijangka lancar jentera PH Johor malam esok, himpun kekuatan PRN Ke-16

Anwar dijangka lancar jentera PH Johor malam esok, himpun kekuatan PRN Ke-16

Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

  • By Siti
  • June 5, 2026
Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

8 cedera Vellfire terbabas dekat Bukit Tajau

8 cedera Vellfire terbabas dekat Bukit Tajau