Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai RM11.88 juta, seorang lelaki tempatan ditahan

KUCHING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan cubaan penyeludupan rokok bernilai RM11.88 juta dalam satu operasi penguatkuasaan di Demak Laut Industrial Park, Kuching pada 29 Julai lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.00 petang itu, pasukan pegawai dari Unit Operasi Darat Kuching menemukan sebanyak 12 juta batang rokok yang disyaki tidak bercukai, disimpan di sebuah premis gudang.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, hasil pemeriksaan mendapati gudang berlesen tersebut turut menyimpan sebahagian rokok bercukai, namun sebahagian besar lagi adalah barangan tidak bercukai yang memerlukan permit khas import.

“Rokok merupakan barangan larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, dan pengimportannya memerlukan permit sah. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media pada Rabu. 

Seorang lelaki berusia 54 tahun, yang juga pengurus gudang terbabit, telah ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 sementara menunggu siasatan lanjut.

Menurut Norizan, terdapat kemungkinan besar wujudnya sindiket penyeludupan rokok di sebalik kegiatan ini.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Related Posts

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

KOTA SAMARAHAN – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak terus memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa dengan menghimpunkan 53 delegasi dari tiga negara menerusi Program Come Discover Bumi Kenyalang 2026 (CDBK 2026)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

SIBU – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Sarawak menyerahkan sumbangan kepada 55 penerima eKasih menerusi Program Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI di Dewan LAKIS pada 29 Julai lepas. Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

ICU JPM Sarawak sedia peralatan bantu 55 penerima jana pendapatan

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

Teliti isu dana jalan luar bandar secara teknikal, bukan dinilai sudut politik

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah

AMK Sarawak seru budaya politik matang, tolak serangan peribadi terhadap Nurul Izzah