SJA gesa hormati piawaian kewartawanan, elak laporan sensasi

KOTA KINABALU – Persatuan Wartawan Sabah (SJA) menggesa semua pihak menghormati piawaian kewartawanan serta tuntutan undang-undang dalam melaporkan isu sensitif termasuk prosiding inkues kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

Presiden SJA, Mariah Doksil berkata, setiap laporan media perlu dibuat secara bertanggungjawab, tepat dan tidak disensasikan, demi menjaga kepentingan serta keadilan awam.

Beliau berkata, setiap laporan yang bertanggungjawab bukan untuk disensasikan, tetapi untuk kepentingan orang ramai dan menegakkan keadilan.

Menurutnya lagi, terdapat individu tidak dikenali yang bukan daripada kalangan wartawan sah dilihat memasuki zon media dan mengganggu petugas.

“SJA turut memandang serius insiden gangguan yang dilaporkan berlaku semasa liputan prosiding inkues di mahkamah baru-baru ini.

“Dua wartawan wanita mengadu kedudukan badan individu terbabit terlalu rapat sehingga menyentuh mereka.

“Justeru, pihak SJA mahu aspek penguatkuasaan yang lebih ketat untuk melindungi wartawan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Beliau turut menegur tindakan individu yang bukan petugas media sebenar menggunakan zon media untuk membuat penstriman langsung demi keuntungan peribadi.

Katanya, tindakan sebegitu menjejaskan kerja sebenar wartawan, mencetuskan kekeliruan kepada orang awam serta berpotensi menjejaskan kredibiliti liputan media.

Pada masa sama, Mariah juga menyuarakan kebimbangan terhadap maklumat salah yang tersebar tanpa pengesahan, termasuk kesilapan dalam melaporkan prosiding undang-undang.

“Akses kepada sidang media sepatutnya mengutamakan media berdaftar bagi memastikan laporan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih.

“Dalam masa sama, pihak berkuasa diminta memperketatkan kawalan akses di kawasan larangan seperti mahkamah serta menguatkuasakan larangan rakaman jika tidak dibenarkan, bagi mengelakkan situasi yang boleh menjejaskan tugas wartawan profesional,” ujar beliau.

Kata beliau, garis panduan ini penting bukan sahaja untuk melindungi wartawan tetapi juga memastikan integriti proses undang-undang terjamin.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh