Bangunan baharu RM8 juta SAA sedia fasiliti lengkap untuk anak-anak autisme

SIBU – Bangunan baharu Persatuan Autistik Sibu (SAA) bakal menjadi kemudahan pertama di Sarawak yang menyediakan sokongan menyeluruh untuk anak-anak autisme bermula daripada diagnosis awal, intervensi dan terapi sehinggalah latihan vokasional.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pusat itu bukan sahaja membantu anak-anak autisme menguruskan diri tetapi juga mempersiapkan mereka untuk menjana pendapatan pada masa depan.

“Kita mahu mereka bukan hanya hidup atas belas kasihan semata-mata tetapi menikmati kehidupan dengan maruah. Kemudahan ini menyediakan hampir keseluruhan spektrum kehidupan seorang individu,” katanya pada majlis perasmian ‘topping-out’ bangunan baharu SAA berhampiran Pusat Agape Sibu, pada Isnin.

Presiden SAA, David Ngu Tai Giin pula berkata, pusat tersebut mampu menampung sehingga 200 pelajar dengan penekanan kepada kemahiran hidup dan latihan pekerjaan sebenar.

“Apabila sudah dewasa, mereka mesti ada teknik dan kemahiran untuk berdikari. Sebab itu guru-guru kami sedang mengikuti latihan sehingga ke tahap Diploma Kemahiran Malaysia (DKM),” jelasnya.

Bangunan bernilai RM8 juta itu dijangka siap pada Disember 2025, lengkap dengan 10 bilik terapi, ruang vokasional kulinari, pertanian, aquaponik serta hidroponik, selain kemudahan sokongan kepada ibu bapa.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, SAA telah membantu lebih 1,000 kanak-kanak autisme dan keluarga mereka di Sarawak serta pernah menerima Anugerah NGO OKU Terbaik Kebangsaan 2023.

Foto: Khairuddin, (TVS)

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai