Tingkat kesiapsiagaan kebakaran, 108 pemadam api diagih di Kg Sim-Sim

SANDAKAN – Sebanyak 108 unit alat pemadam api diagihkan secara strategik kepada warden setiap jambatan di Kampung (Kg) Sim-Sim sebagai langkah awal meningkatkan kesiapsiagaan penduduk menghadapi risiko kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi Program Komuniti Selamat yang turut menekankan aspek pendidikan dan kesedaran masyarakat.

Katanya, setiap jambatan menerima tiga unit alat pemadam api yang ditempatkan di bahagian hadapan, tengah dan hujung jambatan.

“Saya percaya pencegahan adalah langkah paling penting.

“Dengan ilmu dan latihan yang betul, komuniti boleh bertindak pantas serta mengurangkan risiko kerugian harta benda dan nyawa,” katanya ketika berucap pada Program Komuniti Selamat : Penyerahan Pemadam dan Taklimat Keselamatan di Gelangang Futsal Kg Sim-Sim, di sini, pada Ahad.

Program berkenaan turut merangkumi ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan taklimat pembentukan Pasukan Bomba Komuniti.

Dalam pada itu, Frankie merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Pusat Khidmat ADUN Tanjong Papat serta penduduk kampung yang bekerjasama menjayakan program tersebut.

“Komuniti Selamat, Komuniti MADANI,” ujarnya.

Related Posts

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diteruskan sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

JOHOR BAHRU – Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini dibatalkan susulan pembubaran DUN Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan