Jalur Gemilang dipasang betul, terlorot ditiup angin punca jadi terbalik – Helmy

TIMBALAN Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim menafikan menafikan dakwaan sebuah kilang di Batu Berendam sengaja memasang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.

Beliau memaklumkan, insiden tular kes bendera Malaysia dipasang terbalik di kilang tersebut, semalam sebenarnya berpunca akibat ditiup angin, tercabut sehingga berkibar dalam keadaan yang mencetuskan kegusaran masyarakat awam.

Kata beliau, perkara terbabit diketahui pihaknya selepas beliau sendiri melakukan siasatan dengan melihat rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kilang terbabit yang jelas menunjukkan keadaan sebenar.

“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka, yang mana sebenarnya bahagian bawahnya yang diikat pada tiang dah terlorot, tersangkut dan terbalik.

“Lepas terbalik, ia berkibar dan masa inilah Bendera Kebangsaan diambil gambar sebelum ditularkan sedangkan sebenarnya ia terlorot,” katanya menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, pada Isnin.

Berdasarkan penjelasan itu, Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong turut menunjukkan video dari CCTV kilang berkenaan bertarikh 17 Ogos.

Pendedahan beliau dilihat mendapat reaksi positif oleh netizen yang rata-rata menganggap kes terbabit selesai kerana bukan kesalahan sengaja dilakukan individu yang memasang bendera terbabit.

“Terbaik waibee, inilah pendekatan matang yang harus dibawa oleh setiap pemimpin dalam menyelesaikan sesuatu isu. Tahniah waibee di atas menyelesaikan dakwaan ini,” kata salmahsam.

“Saya perasan YB Duyong sudah semakin ke hadapan sejak YB mendapat mandat di kawasan ini.. Beliau nampaknya seorang pemimpin yang berintegriti dan logik. Tahniah YB Helmy,” jelas ahmaddan.

Malah, berdasarkan ruang komen  turut mendapati pihak pekerja daripada kilang telah menjelaskan perkara sama beserta bukti menunjukkan Jalur Gemilang berkenaan dipasang dengan betul.

“Saya salah seorang pekerja Texas Instruments Melaka. Gambar ini (bukti) keadaan bendera semasa dipasang di bangunan parkir kami pada Jumaat 15 Ogos tidak terbalik sama sekali,” luah Kamsiah Abdul Rahim di Facebook.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos