Racun diberi, namun Anwar tak pernah berhenti berbudi kepada Kelantan

DIRENDAM-RENDAM tidak basah, direbus-rebus tidak empuk, itulah perumpamaan tepat dapat digambarkan kepada sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melayan Kelantan yang dikuasai Pas.

Perdana Menteri tidak pernah putus memberikan perhatian dan budi meskipun pelbagai cabaran politik dan sosial yang dihadapinya terutamanya kecaman penyokong Pas yang saban waktu mengecam dirinya.

Penganalisis politik Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Kelantan merupakan negeri yang sering dianggap ‘kubur politik’ bagi sesetengah pihak, namun tidak bagi Anwar.

“Walaupun pelbagai himpunan bantahan dan desakan dari pembangkang yang mahu beliau turun dari jawatan Perdana Menteri, usaha dan sumbangan Anwar kepada Kelantan terus berjalan lancar dan bersifat membina. Ini bukti nyata bahawa beliau menaruh kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam kepada rakyat Kelantan.

“Walaupun negeri ini ditadbir oleh parti pembangkang, PMX tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan. Buktinya, pelbagai bantuan, peruntukan, dan projek pembangunan terus disalurkan, malah meningkat berbanding pentadbiran lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, Perdana Menteri tidak hanya bercakap, sebaliknya telah membuktikan dengan tindakan yang nyata, jauh berbeza dengan himpunan ‘Turun Anwar’ yang dianjurkan pembangkang yang lebih bersifat politik sempit dan tidak membawa sebarang manfaat langsung kepada rakyat.

“Akhirnya Anwar yang turun Kelantan, bukan turun sahaja tapi menabur pelbagai budi kepada rakayt negeri itu. Minggu lalu, lawatan kerja Anwar ke Kelantan membuahkan hasil besar yang memberi nafas baharu kepada rakyat negeri itu.

“Antara yang diumumkan ialah peruntukan sebanyak RM8 juta bagi pembinaan Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim yang sangat dinanti-nantikan oleh pesakit kronik di negeri itu. Selain itu, RM5.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf Pasar Siti Khadijah, sebuah mercu tanda dan nadi ekonomi Kota Bharu, demi memastikan kebersihan, keselesaan dan keselamatan pengunjung serta peniaga,” katanya.

Menyentuh peruntukan RM20 juta untuk pembelian 20 unit pam air, Azhar menjelaskan, ia merupakan langkah pragmatik dan penuh empati Perdana Menteri terhadap petani di Kelantan.

“Itulah sikap Anwar, beliau bantu untuk beli mesin pam air bagi bantu petani yang sering berhadapan masalah bekalan air rakyat ketika kemarau. Bukan itu sahaja, peruntukan RM25 juta diberikan khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Kelantan, sekali gus mengukuhkan usaha memartabatkan rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Menariknya, Azhar menegaska, peruntukan keseluruhan untuk Kelantan meningkat 30 peratus kepada RM762 juta, berbanding RM588 juta tahun sebelumnya.

“Ini bukan sahaja membuktikan komitmen Kerajaan MADANI pimpinan Anwar, tetapi juga menunjukkan bahawa Kelantan mendapat layanan adil dan saksama dalam pembangunan negara.

“Pemimpin yang sebenar adalah mereka yang mengutamakan rakyat, bukan hanya suara politik dan sentimen kosong. Anwar telah menunjukkan beliau layak digelar Bapa Rakyat Kelantan kerana sentiasa berusaha membina, memulih dan memperkasa negeri yang beliau cintai.

“Justeru, bagi rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia, marilah kita lihat fakta dan bukti sebelum membuat keputusan atau menyokong gerakan yang hanya menimbulkan kekacauan tanpa hala tuju. Anwar tidak pernah berhenti berbudi kepada Kelantan, dan itu adalah kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan.

“Kelantan maju, rakyat sejahtera, itulah hasil usaha bapa rakyat kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Related Posts

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

BALIK PULAU – Kerajaan belum membincangkan sebarang cadangan untuk mewujudkan klasifikasi baharu membabitkan kumpulan berpendapatan tinggi setakat ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebaliknya kerajaan akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

Isu UEC : Sistem pendidikan tinggi diperkasa, martabat SPM tidak tercalar

Isu UEC : Sistem pendidikan tinggi diperkasa, martabat SPM tidak tercalar

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor